Cinta di Rumah Hassan al-Banna

Sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com/

Penulis kali ini membuka satu perkongsian ilmu tentang seorang syuhada, murabbi, da'ie dan pejuang Islam yang agung abad ini iaitu Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Semenjak penulis dipilih oleh ALLLAH untuk merasai nikmat bergerak dalam jamaah Islam, penulis sering tertumpu kepada pembacaan hasil-hasil karya as-syahid seperti risalah Ta'alim, Ke Mana Kita Menyeru dan sebagainya. Apabila penulis membaca karya-karya as-syahid, maka penulis amat-amat mengagumi pemikiran luar biasa yang ada pada diri as-syahid. Namun, apa yang penulis nak mengetengahkan di sini tentang keperibadian Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama as-syahid juga seorang da'ie, penulis nak berkongsi ilmu bagaimana perilaku as-syahid di rumah ketika bersama keluarganya kerana ada hadis Nabi s.a.w yang di antara maksudnya ,"Dirimu mempunyai hak, keluargamu mempunyai hak".

Jika merujuk kepada penafsiran hadis ini, maka kita dapat mengetahui bahawa Rasulullah saw menerangkan jangan biarkan diri kita membuat ibadah dengan mengabaikan langsung hak diri dan keluarga, bahkan sepatutnya ibadah kita kena seiring dengan penjagaan hak diri dan keluarga. Seperti mana satu hadis Nabi saw yang mengisahkan ada 3 orang para sahabat yang berjumpa Nabi dan menyatakan mereka ingin berpuasa tapi tidak mahu berbuka seumur hidup, tidak mahu berkahwin seumur hidup, dan mahu ber'Qiamullail' dengan tidak tidur seumur hidup. Tetapi RasuluLlah menegah dari berbuat demikian kerana ia menzalimi diri n menafikan hak diri. Cuma di sini, penulis sering terfikir dan mengamati sahabat-sahabat yang bakal berumahtangga bagaimana mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dengan dakwah, adakah mereka dapat menghabiskan masa bersama-sama keluarga mereka?? Itu persoalan yang berada di benak fikiran penulis. Bagi penulis yang masih belum mencapai 'darjat' itu, penulis rasa bersyukur kerana masih mudah bergerak sebab tiada komitmen seberat itu.

Jika merujuk kepada buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna", buku ini menceritakan tentang keperibadian As-Syahid Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan juga da'ie. As-syahid tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak-anaknya iaitu Wafa', Saiful Islam, Tsana, Ir.Roja dan yang masih dalam kandungan iaitu Istisyhad. Apa yang ditekankan oleh as-syahid adalah hal ehwal anak-anaknya dari segi pentarbiyyahan dengan mendidik anaknya antaranya mengaji, dan membuat perpustakaan di rumah. Apa yang paling menyentuh hati penulis apabila as-syahid amat menitikberatkan mencatat sendiri rekod perkembangan anak-anaknya dari segi pelajaran, kesihatan dan dokumen-dakumen penting sebagai rujukan as-syahid.

Dari segi hukuman pula, Saiful Islam berkata bahawa hukuman yang paling berat dikenakan oleh as-syahid terhadap beliau adalah ditarik telinga pada waktu pagi atas kesalahan yang beliau lakukan dan pada waktu tengaharinya, as-syahid menelefonnya dari pejabat untuk berdamai dan menenangkannya. Bagi as-syahid, hukuman bukanlah satu bentuk pentarbiyyahan yang baik tapi ia adalah semata2 untuk menyedarkan si anak bahawa diri si anak telah membuat kesilapan.
Tentang keperluan dapur, as-syahid sendiri akan mencatat barang keperluan yang hendak dibeli dan menyerahkan senarai barang itu kepada seorang sahabat ikhwan yang mempunyai kedai runcit untuk menyediakan barang-barang keperluan tersebut. Jika anak-anaknya cuti sekolah pula, maka as-syahid akan membawa anak-anaknya bersiar-siar ke utara.

Itulah serba ringkas diantara keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah yang saya ambil sedikit dari buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna" dan beliau sesungguhnya telah berjaya mengamati, memahami dan menyelami hadis Nabi yang penulis nyatakan tadi. Keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah harus diambil sebagai panduan kerana keperibadian inilah yang telah hilang dari kebanyakan para2 da'ie yang bergelar ayah.

"Sesungguhnya seorang ayah itu adalah pemimpin bagi isteri dan anak2nya" kerana lahirnya pemimpin itu dari tiga cara iaitu:

1) Pemimpin yang mencetak dirinya sendiri.
2) Pemimpin yang di angkat kerana keadaan.
3) Pemimpin yang memang dihantar oleh ALlah swt.

Mencari Rencah Baru Gerakan Islam Pasca Kebangkitan Islam Pertama

Dalam sedar atau pun tidak, hakikatnya orang melayu di Malaysia sudah melalui satu transformasi besar-besaran menjelang era 70-an dimana menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman satu transformasi yang dikenali sebagai perubahan ke arah “Melayu baru”. Perubahan ini dijelmakan menerusi fahaman dan tanggapan yang jelas yang mereka dokong terhadap makna sebenar ajaran Islam. Sebelum ini Islam itu hanya difahami sebagai perbuatan yang melengkapkan lima Rukun Islam semata-mata tetapi dalam meniti fasa 70-an pemikiran mereka telah diubah ke arah memahami Islam sebagai Ad-Din atau satu cara hidup dengan pandangan alam dan visinya tersendiri.

Selain itu, buku Gerakan Dakwah dan Orde Islam di Malaysia telah menggariskan beberapa garisan utama kebangkitan Islam 70-an. Antara yang utama termasuklah pembongkaran khazanah Islam terutama warisan Ilmunya bagi memperolah bahan dan garis panduan dalam menempuhi persoalan dan cabaran semasa, serta keyakinan yang mendalam terhadap potensi Islam sebagai penyelesaian dan penawar kepada segala penyakit individu dan masyarakat.

Fenomena yang berlaku zaman 70-an ini seringkali disebut sejarawan sebagai era Kebangkitan Islam atau Islamic Revivalism/Islamic Resurgent. Menurut Gordon P. Means dalam bukunya Political Islam in South East Asia, kesungguhan beberapa gerakan dakwah ketika itu seperti Angkatan Belia Islam Malayisa (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), serta Dar Al-Arqam dalam menggembling tenaga dakwah akhirnya berjaya membuahkan hasil lumayan yang dinikmati generasi hari ini.

ABIM dan PKPIM seperti contoh dimentori oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah membina gagasan pendidikan dengan memanfaatkan sebilangan idea besar beliau seperti konsep ilmu dan kesepaduannya, konsep Universiti Islam, gagasan Islamisasi Ilmu, pendidikan keinsanan, konsep Ta’dib dan Ta’lim, dan sebagainya.

Hari ini tanggapan sebilangan umat Islam dan orientalis yang berada pada era berkenaan dilihat masih mempertahankan tanggapan bahawa Kebangkitan Islam itu merupakan satu fenomena ketara, meluas, dan berdasarkan kedudukannya masa kini, ia akan menjadi realiti berterusan. Namun, apakah realiti ini benar-benar berkemampuan bertahan dalam menghadapi arus masa depan atau apakah ia akan pergi begitu saja dari pentas kehidupan?

Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, suatu paradoks ialah bagaimana penganut dan pendokong Islam berjuang lebih gigih, serta bertindak lebih kreatif ketika berada di bawah tekanan, mulai kehilangan perspektif atau bercakaran sesama sendiri apabila berdepan dengan keadaan yang agak liberal atau berada di ambang kejayaan. Tidak keterlaluan jika kita nyatakan bahawa pendokong gerakan dakwah menyerupai penunggang basikal yang berhempas pulas mengayuh spedanya ketika menaiki bukit, tetapi setelah saja dia melintasi puncak dia akan membiarkan kenderaannya bergerak sendirian sambil dia berlepas tangan sehingga tunggangannya itu meluncur tidak tentu arah lagi.

Fenomena kebangkitan Islam bukan saja kehilangan momentum, tetapi juga semakin kehilangan tarikan akibat kelemahan pendakwah sendiri yang gagal memberi isi dan mewujudkan identiti dan kefahaman Islam yang sepatutnya kepada masyarakat secara menyeluruh.

Pendakwah dan gerakan Islam dahulu memahami konsep fiqh aulawiyat atau keutamaan dengan tidak menanggapi isu permasalahan kecil seperti pertikaian amalan furu’, bid’ah dan sebagainya yang sudah dibincangkan dan diselesaikan oleh tokoh ilmuan seratus tahun dahulu. Sebaliknya pendakwah pada waktu itu merupakan golongan yang berjiwa besar dengan menanggapi permasalahan sosial dan penyakit umat sebagai medan utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sementara itu, perjuangan mereka juga jelas iaitu berusaha meruntuh tembok-tembok yang membentengi kejayaan Islam, tetapi kini hanya berikutan pertikaian fahaman dan beberapa perkara yang kecil, gerakan dakwah dan golongan pendakwah telah berpecah menjadi puak yang bersungguh-sungguh memperagakan fahaman masing-masing sehingga mengelirukan masyarakat awam.

Dalam berhadapan dengan situasi pertelingkahan seperti ini satu formula bersama harus digunakan. Hari ini dunia gerakan Islam telah berubah dengan penubuhan banyak pertubuhan dan NGO Islam yang semakin merata. Maka, situasi kini lebih melihat peranan yang berteraskan formula “perkongsian bijak” sesama mereka. Ini dapat dijelaskan melalui desakan sesuatu isu Islam menerusi gabungan NGO Islam seperti Peguam Pembela Islam (Pembela), ACCIN, Majlis Amal Islami (MAIM) dan sebagainya.

Dalam pada itu, dengan menyedari hakikat permasalahan umat yang terkandung dalam buku Risalah untuk Kaum Muslimin karangan al-Attas, gagasan pendidikan yang dalam tradisi Islam disebut ta’lim, tarbiyyah, dan ta’dib harus terus menjadi nadi kepada gerakan dakwah. Menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil pendidikan dan ilmulah yang memberi makna maruah, martabat dan kehormatan diri kepada umat sehingga terbentuk sikap untuk tidak tunduk kepada yang lain (kejahilan). Maka, gagasan yang menjurus kearah pemahaman Ta’dib Islami atau Pendidikan Islam harus sama-sama digembling dan diperkasa oleh seluruh penggerak dakwah dalam mencari rencah dan halu tuju gerakan Islam.

Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk memperkasa gagasan Ta’dib atau pendidikan ini sebagai rencah yang jitu sebagai jawapan kepada krisis berkenaan. Ini disebabkan penyelesaian menerusi jalan pendidikan ini adalah lebih berkesan dan akan bertahan lebih lama kerana ia merupakan pendekatan yang benar-benar mampu mengakar ke dalam masyarakat.

Maka, gagasan Ta’dib ini penting bagi membina kembali suatu generasi Islam baru yang ideal dan menjadi suri tauladan kepada semua, yang luhur adab dan keperibadiannya, tinggi disiplin ilmunya, kukuh pegangan tauhidnya serta memiliki nilai integriti dan kepimpinan yang hebat. Gagasan bersifat pendidikan ini sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu.

Dakwah Walaupun Tidak Cukup Ilmu

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata:
"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."

Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah:
"Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata:
"Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda:
"Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman."

-Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.-

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan:
"Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati diserta dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya."

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
"(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi."

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Masâ'ud pernah menegaskan:
"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25, Allah berfirman:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya."

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, "Adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?" Nabi menjawab,"Ya, apabila kekejian berleluasa."

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

"Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua."

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

"Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada pada bahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, "Alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas." Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat."

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu-ilmu teras fardu ain wajib pelajari oleh setiap individu yang hendak berdakwah dan ilmu ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu kontemporari yang selari dengan ajaran Islam. Penguasaan ilmu memerlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan.

Di dalam surah al-Mukminun ayat 3 Allah berfirman:

"Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi perbuatan dan perkataan yang lagha."

Istilah lagha mempunyai maksud tertentu. Imam Ibn Kathir mentafsirkannya sebagai,

"Segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik, perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan."

Membuang masa pada perkara tidak berfaedah menjadi salah satu punca kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya "Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islamâ" Beliau berkata: "Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi separah ini. Umat Islam bukan saja asyik membahaskan tentang sifat-sifat Allah, mereka juga asyik berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Semua ini memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit... Hasil penemuan kaum Muslimin sama ada dari sudut kuantiti ataupun kulitinya tidak mendatangkan apa-apa makna apabila dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas dan kelapan belas Masihi." Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas. Hasilnya adalah kejahilan dan kemunduran. Justeru, sudah sampai masanya bagi umat Islam memfokuskan pada ilmu-ilmu penting demi masa depan umat yang gilang-gemilang.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa gelaran yang diberikan Allah kepada golongan berilmu sebagai lambang kemuliaan. Antara gelaran itu adalah rabbani. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmat dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan menyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani kerana kamu selalu mengajar al-Kitab dan disebabkan kamu terus mempelajarinya ."

Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata:

"Ayat ini merupakan dalil bahawa golongan rabbani adalah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalilini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya bagi menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal."

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Di dalam kitab lhya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib dituntut oleh setiap hamba Allah yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian. Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah atau tauhid bertujuan memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta akhlak dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan diharamkan. Ilmu fardu kifayah adalah Ilmu yang wajib dikuasai umat Islam dalam bidang-bidang yang amat diperlukan masyarakat. Namun, tidak semua individu Muslim dan Muslimah perlu menceburi dalam bidang-bidang ini apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Islam juga menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala teknologi yang perlu bagi menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu kifayah yang disebutkan sebelum ini. Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh."

Umat Islam terdahulu benar-benar memahami dan menghayati ayat ini. Contohnya, pada zaman khalifah Uthman, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648 M, khalifah mengeluarkan arahan kepada Muawiyah supaya memberikan tumpuan pada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahiriya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas armada Islam mengalahkannya dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Di samping itu, Islam juga menuntut umatnya mengenali jahiliah pada zaman mereka supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Khalifah Omar al-Khattab mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau yang bermaksud:

"Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu dari diri seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah."

Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia termasuk dalam adat resam dan budaya bangsa Melayu. Sebahagian daripada adat resam dan budaya yang diamalkan pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul adalah kepercayaan yang tidak bersandankan al-Quran dan Sunnah serta tidak dapat diterima akal yang waras. Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan yang mungkar lagi sesat. Kepercayaan ini menjadi pegangan segelintir umat Islam kesan daripada pengaruh budaya yang dibawa oleh penganut ajaran agama lain. Antara bentuk khurafat dan tahayul yang dipegang adalah percaya kepada konsep sial majal seperti sialnya bunyi burung hantu pada waktu siang, sialnya nombor 13 dan seumpamanya.

Di samping ilmu, pendakwah juga tidak boleh memperkecilkan keikhlasan, ibadah dan akhlak mulia kerana tanpanya dakwah akan gagal. Di dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah, Dr. Muhammad Jamil Ghazi menukilkan perkataan Imam Sufyan at-Thauri berhubung dengan perkara ini yangbermaksud:

"Janganlah seseorang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran melainkan jika ada padanya tiga ciri:

1. Berlemah lembut dengan apa yang diseru dan dicegah.
2. Adil dengan apa yang diseru dan dicegah.
3. Berilmu berhubung apa yang diseru dan dicegah.

Perkara yang sama juga ditekankan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau membahagikan persiapan umum pendakwah kepada lima:

1: Ilmu.
2: Keikhlasan.
3: Kasih sayang dan kelembutan.
4: Kesabaran.
5: Mengamalkan apa yang disampaikan.

Pendakwah yang asyik mengutuk dan mencanangkan kesalahan orang lain dan melupakan diri sendiri merupakan pendakwah yang terbabas danipada obor al-Quran dan Sunnah. Benarlah As-Syeikh Fathi Yakan semasa beliau berkata di dalam bukunya yang bertajuk Musykilat ad-Dakwah Wa ad-Daaiyah yang bermaksud:

"Seseorang pendakwah akan berada di dalam keadaan baik jika dia bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri walaupun musuhnya mempunyai kekuatan yang hebat."


Sebenarnya, kenyataan seumpama ini pernah diucapkan oleh khalifah Omar al-Khattab suatu masa dahulu semasa beliau menyampaikan amanat kepada tentera-tentera Islam. Beliau berkata:

"Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera-tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan daripada Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh.... Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah."

Hukum Berdakwah

Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas mulia dan Allah mengamanahkan mereka supaya melaksanakan dakwah. Di dalam surah an-Nahl ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami utus bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, ‘sembahlah Allah dan jauhilah taghutâ."

Sesiapa yang melaksanakan tugas dakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33, yang bermaksud:

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah, serta beramal salih seraya berkata, "Aku adalah dari kalangan orang-orang Muslimâ." Berhubung dengan ayat ini as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata: "Termasuk di dalam golongan ini adalah semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan mengikut Imam Ibn Kathir, orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada yang makruf dan juga tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran.

Oleh kerana dakwah adalah tugas yang mulia lagi penting, Allah mengarahkan umat Islam melaksanakannya. Berhubung dengan ini, dalam surah ali-Imran ayat 110, Allah berfirman:

"Kamu adalah sebaikbaik umat yang dikeluarkan bagi manusia, kamu mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran."

Di dalam kitab Usul ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat ayat ini mempunyai dua penekanan. Pertama, Allah menjelaskan kebaikan umat ini dan kedua, kebaikan umat ini berkait rapat dengan pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar. Berkaitan dengan ayat yang sama di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: "Barang siapa menepati sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat ini, dia tergolong dalam golongan umat terbaik."

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf serta nahi mungkar. Makruf bermaksud perkara yang baik mengikut pandangan syarak dan akal, manakala mungkar bermaksud perkara yang berlawanan dengan segala yang makruf sebagai contoh, meninggalkan amalan fardu ataupun melakukan perbuatan haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun dosa besar.

Salah satu golongan yang mendapat kutukan daripada Allah kerana gagal melaksanakan dakwah adalah golongan Bani Israel. Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

"Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah mereka lakukan."

Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

"Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, "Wahai pulan, tinggalkanlah apa yang sedang kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu," Kemudian pada keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah mi)."

-Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.-

Secara dasarnya, hukum berdakwah dengan lisan dan tangan adalah wajib kecuali dalam situasi tertentu. Di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan:
"Apabila dikhuatiri harta benda dan diri seseorang akan ditimpa kebinasaan, harus bagi seseorang itu sekadar melawan dengan hatinya sahaja. Jika kekhuatiran ini tidak wujud, dia diwajibkan berdakwah, walaupun dia belum mengamalkan apa yang diserukannya ataupun dia menyedari seruannya tidak akan diterima."

Sehubungan dengan ini, Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin menyenaraikan empat keadaan yang mungkin ditempuhi pendakwah.

1. Tidak wajib berdakwah
Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dan berkemungkinan dia akan dipukul, dicederakan atau dibunuh. Dalam suasana seperti ini, tidak wajib baginya melaksanakan dakwah.

2. Wajib berdakwah
Pendakwah menyedari dakwahnya boleh menyebabkan kemungkaran tercegah dan tidak ada sesiapa pun yang berani melakukan sebarang tindak balas ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, dia wajib melaksanakan dakwah.

3. Sunat berdakwah 1
Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang kesan positif dan dia sanggup memikul sebarang risiko yang mungkin menimpa ke atas dirinya. Dalam situasi seperti ini, dia disunatkan menyampaikan dakwah tetapi tidak diwajibkan ke atasnya.

4. Sunat berdakwah 2
Pendakwah menyedari dakwahnya akan memudaratkan dirinya tetapi jika dilakukan juga ia dapat mencegah kebatilan yang sedang berlaku. Dalam keadaan seperti ini, dakwah disunatkan ke atasnya.

Dalam memperincikan perkara ini, as-Syeikh Said Hawa di dalam Jundullah Jihad Fi Sabilillah berkata: "Contoh-contoh keadaan bahaya atau mudarat yang dikira sebagai alasan yang sah untuk tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah dipukul dengan teruk, dimusnahkan rumah dan tempat tinggalnya, diambil segala harta bendanya dan yang seumpamanya. Jika kemudaratan yang akan menimpanya hanyalah dalam bentuk dihina, caci, maki, kutuk, perli, sindir dan sebagainya, kewajipan berdakwah tetap dibebankan ke atasnya kerana Allah mengarahkan agar kita bersabar ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah."

Bagi individu yang sanggup menanggung sebarang risiko, syariat Islam mengizinkannya melaksanakan dakwah walaupun dia mungkin dibunuh. Walau bagaimanapun, kesanggupannya untuk berkorban perlu juga diimbangi dengan hasil yang bakal diperolehi supaya pengorbanannya tidak dilakukan secara semberono yang bakal merugikan perjuangan. Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya menjelaskan:

Disebutkan dalam kitab Sharh al-Siyar diizinkan seseorang mencegah bidaah dan kemungkaran walaupun besar kemungkinan dia akan dibunuh, dicederakan ataupun dikalahkan kerana ada di kalangan sahabat nabi yang melakukannya pada zaman Rasulullah dan baginda memuji mereka. Walau bagaimanapun, apabila individu itu mengetahui dia tidak akan dapat mengalahkan musuhnya dan penentangan yang akan dilakukannya tidak akan mendatangkan sebarang kemuliaan bagi agama, dia tidak diizinkan melakukan pencegahan itu secara
individu.

Dalam berdakwah, setiap pendakwah perlu mengetahui isu-isu semasa bagi menangkis keraguan-keraguan yang timbul

sumber : abuhandzalah weblog

PKPIM Unisel Meyahut Saranan PKPIM Pusat


PKPIM Unisel di sini menyahut seruan dan meyokong kenyataan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Pusat iaitu merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas yang menyatakan bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Dalam meniti dasawarsa ke enam usia Malaysia, sudah tiba masanya dasar pengasingan aliran pendidikan yang diwarisi semenjak zaman penjajah dikaji semula kerelevanannya memandangkan usaha untuk membentuk kepelbagaian menjadi kesatuan masih gagal dilaksanakan. Maka, PKPIM menyokong penuh sistem pendidikan satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sebagai wadah perpaduan yang berkesan di kalangan pelajar.

Walau bagaimanapun PKPIM berpendapat perlunya penyusunan dan penstrukturan semula dasar, unsur, dan intipati sekolah satu aliran bagi memastikan rencah yang diimplimentasi benar-benar mampu membawa agenda perpaduan nasional. Lantaran itu, pihak PKPIM mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menganjurkan siri perbincangan dan persidangan yang melibatkan semua pihak bagi membentuk konsep sekolah satu aliran yang jelas dan mampu menjadi cerminan kepada ketiga-tiga identiti bangsa dengan menyatupadukan identiti dan kebudayaan rakyat pelbagai kaum.

Dalam pada itu, PKPIM juga menegaskan bahawa semua sekolah dan guru di seluruh peringkat harus berperanan sebagai agen yang membentuk perpaduan pemikiran dan sosial para pelajar dengan memberi penekanan terhadap subjek-subjek yang berunsur kenegaraan, warisan dan sejarah kepelbagaian kaum, dan seumpama denganya. Berdasarkan situasi semasa, penekanan terlalu diberikan kepada subkek-subjek yang bersifat teknikal sehingga pelajar kurang didedahkan dengan penghayatan perpaduan dan kenegaraan Malaysia. Lebih malang lagi, subjek yang bersifat sains kemanusiaan juga hanya diajar sebagai fakta untuk peperiksaan tetapi gagal disusuli dengan penghayatan ruh di sebalik makna pendidikan tersebut.

Sebagai contoh subjek Bahasa Melayu hanya sekadar diajar untuk memenuhi silibus pendidikan tetapi tidak ditekankan peranan dan penghayatannya sebagai bahasa dan alat perpaduan pelbagai kaum. Jika situasi ini berterusan kesepaduan tidak akan tercapai walaupun dasar pendidikan satu aliran telah dilaksanakan.

Maka, bagi membentuk kesepaduan masyarakat di kalangan para pelajar, dasar pendidikan satu aliran yang berteraskan satu konsep yang jelas adalah merupakan medan terbaik yang harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, peranan besar yang diberikan kepada sekolah dan guru untuk menyatupadukan para pelajar harus digalas dengan sebaik-baiknya memandangakan pihak guru adalah merupakan kayu ukur sebenar kejayaan sesuatu dasar pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga berpendapat isu perpaduan tidak seharusnya ditekankan dalam ruang lingkup sekolah semata-mata tetapi harus melibatkan generasi muda dan masyarakat Malaysia secara menyeluruh melalui penekanan dan penegasan terhadap dasar kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Sekretariat PKPIM Unisel

KETAKUTAN TERHADAP JEANAYAH JADI SINDROM

Rakyat perlu diberi kefahaman implikasi kesalahan ke atas kehidupan, kesejahteraan negara.

Jenayah adalah isu yang sangat dibicarakan kebelakangan ini. Rata-rata masyrakat kita dihinggapi dengan apa yang dikenali di kalangan penganalisis jenayah di Barat sebagai sindrom ketakutan terhadap jenayah.

Perbincangan berhubung jenayah muktakhir ini tidak lagi terbatas sekadar mengulas paparan harian di media massa atau laporan perbicaraan mahkamah yang saban hari semakin menyesakkan dada. Hari ini, masyarakat sudah mula membahaskan secara aktif pelbagai aspek lain yang lebih mendasar berhubung jenayah.

Tidak sukar menyingkap ketakutan terhadap jenayah yang dizahirkan setiap lapisan masyarakat. Justeru, persoalan dasar seperti pencegahan dan pengurangan kadar jenayah, aspek hukuman alternatif terhadap penjenayah, kaedah pemulihan pesalah tegar dan banduan, mengundang cetusan reaksi daripada pelbagai sector masyarakat.

Dalam konteks ini, tidak hairanlah kepakaran dan khidmat nasihat penganalisis jenayah semakin ditagih, bahkan profesion itu mula dilihat satu keperluan terutama dalam konteks kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menyasarkan pengurangan kadar jenayah sebagai satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bentuk dan ruang litup jenayah hari ini tidak lagi terbatas kepada konvesional atau komersial yang tradisional. Turut berkembang selari dengan arus semasa dengan lebih pantas pada era globalisasi ialah jenayah siber, keganasan sejagat, industri pemerdagangan manusia serta empayar pengedaran dadah dalam skala besar.

‘Lingkaran jahat’ jenayah era global tidak lagi mengizinkan kita sekadar memikirkan bentuk hukuman yang paling sesuai untuk pesalah lalu lintas, menguruskan lambakan penagih tegar di pusatserenti dan menyuraikan demonstrasi jalanan, sementelahan pula negara kita terus dijadikan hab rangkaian penjenayah antarabangsa.

Rakyat negara ini pula terus-terusan dipergunakan dan dieksport lingkaran kejahatan ini di pelbagai pelosok dunia sebagai pengedar dadah, pengganas atau pekerja seksual. Seperti yang terjadi dalam kes Noordin Mohd Top, tidak mudah menepis prejudis dan fobia masyarakat antarabangsa, waima jiran serantau yang semberono menuding jari menuduh Malaysia sebagai sarang melahirkan penjenayah global.

Sehubungan itu, rakyat perlu dididik dan diberi kefahaman dengan jelas mengenai ancaman dan implikasi jenyah yang meningkat terhadap kehidupan seharian mereka dan pertumbuhan serta kesejahteraan sosial negara.

Pakar kriminologi mendapati sikap masyarakat moden yang terlalu cepat dan taksub menghukum pesalah jenayah serta melihat hukuman tegas sebagai satu-satunya pendekatan menbendung jenayah, sebenarnya tidak banyak membantu untuk mengurangkan kadar jenayah itu sendiri. Sebaliknya, ia akan meningkatkan lagi kadar kes jenayah, menambah longgokan kes tertunggak di mahkamah, menggandakan bilangan banduan, meningkatkan kos operasi penjara sedia ada serta pembinaan penjara baru.

Ini sekali gus meningkatkan penggunaan cukai rakyat dan perbelanjaan negara dan pelbagai implikasi sosioekonomi lain. Ini jelas berlaku di Amerika Syarikat misalnya, yang digelar pemerhati sebagai ‘Gulag kedua’ melihat kepada saiz banduannya.

Ambil pula kes kesesakan penjara di negara kita. Sedarkah kita bahawa jumlah banduan dalam penjara di Malaysia jauh melebihi kapasitinya? Tahukah kita bahawa disebabkan kesesakan itu, sebahagian banduan yang berkelakuan baik diletakkan di bawah sistem parol untuk menjalani pemulihan dalam komuniti dan kini tinggal bersama-sama kita sehingga tamat tempoh hukuman?

Barangkali sudah tiba masanya untuk kita, seperti juga negara maju lain untuk melaksanakan hukuman alternatif selain hukuman penjara seperti khidmat masyarakat sebagai langkah mengawal kesesakan penjara dan banduan.

Jika tidak, mungkin jumlah pesalah yang hari ini kita hukum dan hantar ke penjara akan kembali ke masyarakat lebih awal dan jumlah lebih tinggi. Persoalannya, adakah kita bersedia? Adakah kita bersedia untuk memberikan mereka peluang kedua, malah berganding tangan untuk memulihkan mereka kembali menjadi ahli masyarakat yang berguna nanti?

Kita tidak mempunyai banyak pilihan selain menjadi komuniti berdaya tahan terhadap ancaman jenayah melalui usaha pencegahan, pendidikan dan pemulihan. Dalam era globalisasi, agensi penguatkuasaan seperti polis dan Jabatan Penjara tidak lagi mampu menangani serta menguruskan penjenayah dan banduan tanpa sokongan masyarakat.

Ketakutan terhadap jenayah juga nampaknya tidak terbatas sekadar jenayah konvesional, bahkan ia turut mencakupi kesalahan jenayah di bawah undang-undang Syariah. Kontroversi kes Kartika Sari Dewi Shukarno seolah-olah baru membuka mata masyarakat bahawa meminum arak oleh penganut Islam adalah jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman sebat, walhal peruntukan itu sudah lama dikuatkuasakan.

Yang jelas, ‘jenayah’ di Malaysia tidak harus dibataskan kepada kesalahan jenayah yang dilakukan di bawah undang-undang sivil semata-mata, bahkan wajib mengambil kira kesalahan jenayah Syariah berhubung kait hal ehwal umat Islam, seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan dilaksanakan secara selari dalam sistem perundangan negara.

Cuma dalam rentetan kontroversi kes Kartika Sari Dewi baru-baru ini, nampaknya ketakutan orang ramai lebih tertumpu kepada pelaksanaan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah, berbanding kesan berleluasanya penularan ‘jenayah’ minum arak di kalangan umat Islam. Mengapakah seolah-olah wujud persepsi negatif dan sikap berat tatkala membicarakan jenayah syariah berbanding sikap tegas kita dalam membanteras jenayah kontrovesional.

Ramai masih beranggapan tindakan sedemikian (minum arak), jika salah sekalipun, hanya satu kesalahan moral. Jika tidak ditangani secara berhikmah, pastinya kekeliruan di kalangan masyarakat terhadap konsep jenayah menurut perspektif Islam dan aspek pelaksanaan hukuman jenayah syariah di negara ini akan mencetuskan kontroversi berlarutan.

Yang pastinya, hukuman bukanlah satu-satunya jalan menyelesaikan masalah ini. Bahkan dalam ajaran Islam dan sistem perundangan masyarakat bertamadun, hukuman dalam kebanyakan keadaan hanyalah sebagai penyelesaian terakhir, selepas pendekatan lain yang dilaksanakan secara bersepadu melalui pendidikan, pencegahan dan pemulihan.


Namun, tidak dinafikan sama sekali aspek hukuman juga tidak kukuh pentingnya. Tiada sistem masyarakat yang mampu meneruskan kesinambungannya tanpa hukuman terhadap pesalah dan penjenyah yang melanggar tatacara undang-undang yang diterapkan oleh masyarakat. Persoalannya, adakah kita terlalu cepat menghukum?

MOHAMAD RAIMI ABDUL RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Merujuk Al Quran dengan Kejadian Di Sumatera

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. "

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. "
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim




iyyakanaqbudu waiyyakanasta' in
ihdinassirotolmusta qim

Sastera.com: Suara generasi muda kepada Kementerian Pelajaran

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my

LAMAN web http://www.prihatin.net membongkar suara generasi muda dalam isu pemansuhan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan mereka berharap Kementerian Pelajaran bertegas dalam mempertahankan keputusan mereka.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz (gambar), dipetik laman terbabit sebagai berkata, pihaknya menganggap keputusan Kabinet pada 8 Julai lalu, terlalu rapuh dan boleh berubah bila-bila masa.

“Ini kerana ada pihak tertentu cuba mempengaruhi kerajaan secara konsisten bagi memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik. Bagi PKPIM tindakan melanjutkan tempoh pemansuhan dari 2012 sehingga ke 2016, suatu petanda dasar ini mungkin tidak akan dimansuhkan,” Muhammad Faisal dipetik sebagai berkata dalam laman terbabit.

Laman terbabit memetik kenyataan Muhammad Faisal dalam tulisannya Pemansuhan PPSMI: PKPIM Gesa Kerajaan Bertegas yang mempersoalkan tempoh pemansuhan terlalu panjang sedangkan pelaksanaannya hanya memakan masa selama lima bulan 11 hari.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI secara berperingkat menjelang 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PKPIM menuntut agar kerajaan tidak tunduk kepada desakan suara individu dan minoriti yang mahukan dasar PPSMI dikembalikan. Kerajaan perlu menyediakan ‘pelan penyelamat’ kepada pelajar yang terkorban ekoran daripada dasar PPSMI.

“Pelajar luar bandar khususnya perlu diberi alternatif terbaik untuk mereka melanjutkan pelajaran. Statistik kerajaan yang menunjukkan dasar PPSMI selama enam tahun sudah mengorbankan lebih kurang tiga juta pelajar luar bandar,” kata Muhammad Faisal.

PUASA KEMBALIKAN MANUSIA KEPADA FITRAH

Umat Islam masih bergembira menyambut Aidilfitri setelah menunaikan ibadah puasa. Persoalan yang perlu dibicarakan sekarang ialah apakah agenda seorang Muslim selepas Ramadan?

Hal ini penting ditelusuri kerana beberapa faktor. Pertama, ibadah berpuasa tidak harus dipandang secara terpisah dari ibadah lain. Ini kerana ia mempunyai kesinambungan daripada misi keseluruhan ibadah di dalam Islam.

Kedua, perbincangan mengenainya akan memberi peringatan berterusan kepada umat Islam iaitu kejayaan melaksanakan ibadah berpuasa tidak bererti mereka sudah memenuhi keseluruhan maksud ibadah yang sebenar. Ibadah berpuasa mempunyai kesan atau implikasi sosial yang penting di dalam rangka menjayakan cita-cita besar agama Islam di muka bumi ini.

Apakah cita-cita besar agama Islam dan kaitannya dengan ibadah berpuasa? Sekiranya ditelusuri, cita-cita besar agama Islam ialah mengembalikan masyarakat kepada aturan hidup yang berasaskan kejadian fitrahnya. Bagi tujuan itu, ibadah berpuasa adalah salah satu proses yang perlu dilalui bagi mencapai cita-cita besar ini.

Sebagaimana yang dibahaskan oleh banyak tulisan, pelaksanaan ibadah puasa secara sempurna oleh seseorang Muslim akan memberi kesan besar di dalam mengembalikan diri kepada fitrah kejadiannya. Ibadah berpuasa ialah satu bentuk latihan kerohanian bagi membangunkan jiwa yang kental.

Sepanjang sebulan yang lalu, kita dilatih menahan diri daripada terjebak di dalam perbuatan yang bertentangan dengan aturan fitrah kehidupan. Di dalam perpesktif agama, aturan fitrah ini dikenali sebagai syara’. Apabila seseorang itu dapat mengatur perjalanan hidupnya berasaskan syara’, ia bererti seseorang itu telah mengembalikan dirinya kepada kehidupannya yang fitrah.

Keupayaan kembali kepada fitrah adalah suatu kemenangan besar dari sudut kerohanian. Menerusi pandangan ini, sambutan Aidilfitri adalah sebahagian daripada manifestasi perayaan kemenangan diri insane kembali kepada fitrah kejadiannya.

Namun, apakah pula tugas dan peranan seseorang individu Muslim selepas Berjaya mengembalikan dirinya kepada aturan fitrah kejadiannya? Sudah tentu mereka harus berusaha sedaya upaya pula untuk mengembalikan masyarakat dan kehidupan persekitarannya kepada aturan fitrah juga. Ia bererti seseorang Muslim itu hendaklah membabitkan diri di dalam memperbaiki dan memperbaharui masyarakat agar berada di dalam suatu aturan hidup yang disandarkan kepada hokum social dan alam yang bersifat sejagat.

Agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah yang dimaksudkan adalah cita-cita dan misi utama penurunan agama Islam di muka bumi ini. Cita-cita bagi merealisikan agenda ini diamanah kepada para nabi terdahulu. Kini, amanah ini menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua sebagai warga umat Islam.
Di dalam sejarah awal perkembangan Islam di Makkah, agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah terjelma di dalam usaha dakwah Nabi Muhammad SAW memperbaiki dan memperbaharui masyarakat Arab pada waktu itu yang terjebak dengan penyelewengan daripada aturan fitrah kehidupannya.

Fenomena penyelewengan daripada aturan fitrah ini dapat dilihat dalam aspek pencemaran dari sudut kepercayaan dan perleluasaan budaya hidup yang meruntuhkan. Amalan menjadikan berhala sebagai jelmaan tuhan yang disembah dan pemecahan masyarakat berasaskan warna kulit dan darjat kaum atau kabilah adalah antara contoh penyelewengan aturan fitrah yang dialami masyarakat Arab.

Proses mengembalikan semula masyarakat daripada fenomena penyelewengan ini kepada aturan fitrah dianjurkan Islam menerusi pengenalan semula prinsip kepercayaan yang lurus menerusi konsep Tuhan yang Esa atau ‘Tauhid’ dan mempertegaskan konsep perhubungan sosial bersandarkan prinsip kesaksamaan sesama manusia atau juga dikenali sebagai ‘Ummah’.

Dua konsep ini menjadi sebahagian tema utama dakwah dan misi kerasulan Nabi Muhammad kepada masyarakat Arab secara khusus dan umat manusia seluruhnya. Pada masa kini, tugas mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah bertambah kompleks dan mencabar.

Penyelewengan manusia daripada aturan fitrahnya meliputi segenap aspek seperti pemikiran, kebudayaan dan perhubungan sosial. Masyarakat dunia kini terdedah dengan pelbagai aliran berfikir dan ideologi. Sebahagiannya seperti ajaran sesat dan pemikiran dan cara hidup bebas boleh memberi mudarat kepada aturan fitrah kepercayaan serta kefahaman manusia mengenai Tuhan dan kehidupan.

Penyelewengan aturan fitrah juga tergambar di dalam permasalahan perbezaan taraf hidup yang melampau antara golongan kaya dan miskin. Kedapatan sesetengah masyarakat yang masih kekurangan sumber makanan dan peluang pendidikan manakala sesetengah yang lain bermewah dan berlebihan.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat di dalam hubungan perseteruan antara kaum dan negara yang masih lagi berleluasa. Dunia hari ini masih lagi belum kesepian daripada masalah peperangan dan penjajahan. Dari segi kelestarian kehidupan, dunia kini sedang berdepan ancaman perubahan cuaca. Iklim dunia sudah tidak menentu lagi.

Kerakusan manusia terhadap sumber alam menyebabkan peningkatan bencana alam seperti banjir, ribut dan gempa bumi yang melampau. Kesemua ini adalah antara contoh permasalahan dan cabaran kehidupan moden yang menuntut pembabitan langsung umat Islam bagi proses pembaikan dan pembaharuan.

Ia sebahagian fenomena ketergelinciran kehidupan manusia daripada aturan fitrah kejadiannya.

Oleh kerana itu, tugas mengembalikan semula masyarakat kepada aturan fitrah adalah agenda terbesar ibadah bagi setiap Muslim. Semoga kita semua sudah bersedia terutama dari sudut ketahanan diri dan kekentalan jiwa setelah berjaya melepasi latihan rohani menerusi ibadah berpuasa sebulan yang lalu.

Marilah kita menyumbang usaha dan tenaga di dalam batas keupayaan yang kita miliki bagi menjayakan agenda dan misi besar agama Islam ini kepada seluruh masyarakat manusia di muka bumi ini. Proses mengembalikan semula masyarakat daripada fenomena penyelewengan ini kepada

Muhamad Razak Idris
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Massa Perlu Bijak Tapis Maklumat Disogok Media

PERSOALAN kesan media massa sesuatu yang dibincangkan sejak dulu. Media mempunyai peranan dalam membangun dan mengembangkan budaya. Namun, realiti yang kita lihat lebih banyak kesan negatif hasil laporan media, Kebudayaan kita sedikit demi sedikit ditelan budaya luar.

Media massa ialah medium penyampai maklumat, alat penghibur dan penyebar budaya. Media sentiasa mengalami perubahan dan ini menyebabkan persaingan untuk menarik perhatian massa.

Manusia sentiasa melahirkan budaya yang menjadi sebahagian hidup sekali gus sistem nilai yang mempengaruhi hidupnya. Justeru, media abad ke-20 inilah berperanan dalam perubahan nilai.

Media secara langsung atau tidak menjadi pengimport budaya asing. Media cenderung mengusung budaya popular yang berkiblatkan Barat.

Politik juga sedikit sebanyak terkesan daripada media. Sebagai contoh, pelaksanaan pemerintahan dan pembangunan sains dan teknologi juga hasil media massa. Jika pemimpin tidak melihat televisyen atau melayari internet, masakan terfikir untuk membangunkan negara bermodelkan Barat. Namun, segala kesan yang berlaku bukan semata-mata daripada media. Adalah tidak adil jika kita menyalahkan sepenuhnya media kerana semuanya bergantung kepada tahap pendidikan dan pemikiran.

Psikologi seperti ini penting dalam mengukur kesan sesuatu. Jika seseorang tiada pendidikan agama sempurna, maka ia menerima apa saja disiarkan media. Kita dapat ketahui media membawa kesan yang amat besar dalam perubahan kebudayaan di samping pendidikan. Tiada seorang pun terlepas daripada jeratan kuasa media. Persoalan penting bagaimana masyarakat mendepaninya untuk mengambil kesan positif atau negatif.

AZIZAN AJIJI,
Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Fiqh al-Hadhari

Memahami Ciri-Ciri Tamadun

Dalam usaha membina manusia, kefahaman fiqh al-Hadhari amatlah penting. Fiqh al-Hadhari bermaksud kefahaman manusia dalam membina tamadun yang mempunyai keseimbangan antara keperluan rohani, jasmani, akal dan emosi bagi merealisasikan nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan. Tamadun yang dikehendaki oleh Islam adalah pembinaan manusia serta memakmurkan dunia menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan alam sejagat serta mengikut manhaj rabbani. Dalam pembinaan tamadun ini ia mempunyai tiga aspek yang terpenting iaitu:

1. Manusia
2. Akal atau dikenali sebagai kebudayaan dan akudah
3. Kebendaan

Hakikat manusia diwujudkan oleh Allah adalah supaya kita beribadat kepadanya sambil memakmurkan dunia ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30 bermaksud, “Apabila ketika Tuhan berkata kepada para malaikat, sesungguhnya aku jadikan di atas muka bumi ini khalifah.

Allah SWT menjanjikan, orang yang akan mewarisi bumi ini adalah golongan yang sentiasa beramal soleh, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, bekerja dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur. Kehidupan mereka hanya mengharap keredhaan Ilahi. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj,ayat 41 bermaksud, “Iaitu orang-orang yang apabila kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’aruf dan menegah daripada perbuatan mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.”


Makna Tamadun

Daripada sudut bahasa Arab, terdapat pelbagai istilah digunakan dalam konteks tamadun. Antaranya adalah madaniah, tamaddun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun menggunakan istilah al-umran dalam bukunya yang terkenal Muqaddimah dengan erti “kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju.” Dalam pengertian yang lain umran adalah kehidupan menetap yang menjadi asas kepada semua tamadun. Ibnu Khaldun menggunakan perkataan umran dalam kajiannya mengenai ibu kota ataupun kota-kota yang didirikan oleh raja-raja dan pemerintah. Perkataan hadarah bermakna suatu wilayah, daerah,ibu kota, bandar, kampong dan kawasan tanah yang didiami dan diusahakan. Hadharah adalah lawan kepada perkataan badwi. Para pengkaji barat memberikan takrif tamadun seperti berikut:

a. Darcy Riberio berpendapat tamadun sebagai cantuman susunan dan proses tamadun individu. Beliau menekankan beberapa proses dalam tamadun terutama revolusi Bandar. Menurutnya Bandar-bandar memancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan material dan spiritual mereka. Dengan kata lain tamadun itu berkait rapat dengan perbandaran.


b. Clive Bell menjelaskan tamadun adalah criteria masyarakat. Hal ini bererti, tamadun adalah kayu ukur bagi menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Cirri-ciri tamadun ini yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur.


c. Arnold Tonybee menjelaskan tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Ini memberikan kesimpulan, tamadun itu adalah tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang-orang yang tinggal di bandar-bandar dalam membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.


d. Clive Bell menjelaskan tamadun adalah criteria masyarakat. Hal ini bererti, tamadun adalah kayu ukur yang menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Tamadun yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur.

Pengkaji bahasa Arab sekarang mengatakan, perkataan hadharah bersamanya dengan civilization yang bermakna tamadun. Contohnya Ali Abd. Halim Mahmud dalam bukunya Taraju’ al-Hadharah al-Islamiah, (Sebab-sebab Kemunduran Tamadun Islam) Muhammad Muhamad Husain, dalam bukunya al-Islam wa al-Hadarah Gharbiyyah (Islam dan Tamadun Barat).


Sayyid Qutb r.a mengatakan, tamadun adalah sesuatu yang memberikan kepada manusia tentang gambaran, kefahaman, asas serta nilai-nilai yang memperbaiki kehidupannya dalam memimpin manusia. Dengan inilah ketamadunan dapat berkembang dan maju dengan menerusi aspek-aspek keinsanan. Sayyid Qutb dalam bukunya Ma’alim Fi al-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) mengariskan asas pembinaan tamadun Islam:


1. Pengabdian diri kepada Allah SWT
2. Berorganisasi atas dasar akidah
3. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusian berbanding dengan nilai kebendaan.
4. Berfungsi nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat ‘kemanusian’ manusia, bukan sifat ‘kebinatangan’.
5. Kesucian keluarga dan keturunan.
6. Melaksanakan tugas ‘khalifah’ di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah dan setia memegang janji dan amanah Allah.
7. Mematuhi syariatnya dalam semua urusan khalifah.


Malik bin Nabi mengatakan,tiga aspek perbahasan dalam pembinaan tamadun iaitu:

1. Perbahasan mengenai manusia
2. Perbahasan mengenai tanah dan bumi
3. Perbahasn mengenai waktu

Tamadun=Manusia+Tanah+Waktu(Shurut al-Nahdah, Malik bin Nabi, hal.65, Dar Fikri.)

Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan tamadun sebagai keadaankehidupan insan bermasyarakat yang sudah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam mengatakan, tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Sementara kebudayaan ialah hasil daripada fikiran dan akal budi manusia. Ia member erti sesuatu yang berupa abstrak yang dihasilakn oleh pemikiran manusia dan akal budinya. Oleh itu, pengertian tamadun lebih luas daripada kebudayaan kerana kebudayaan membicarakan sesuatu yang bersifat abstrak dan tamadun pula mementingkan sesuatu yang bersifat material. Walaupunia tidak pula sampai membelakangkan langsung sesuatu yang bersifat abstrak tadi.

NOR HAFIZ BIN RAZALI
Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)

Syawal masa perkukuh silaturahim politik

Rumah terbuka beri peluang pemimpin parti berbincang secara peribadi dan berhemah SYAWAL bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperkukuhkan silaturahim. Semangat berkesatuan sesama masyarakat Islam amat tinggi sekali pada bulan ini.

Di negara kita Malaysia, tradisi menyambut Aidilfitri amat unik sekali. Di samping berterusan mengagungkan kebesaran Allah sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan menunaikan ibadah berpuasa dan kembalinya sifat diri kepada fitrah, masyarakat Islam menyambut hari kebesaran Islam ini dengan mengadakan rumah terbuka.

Tradisi sambutan sebegini sepanjang Syawal adalah satu budaya mulia yang harus sentiasa dipupuk. Di samping itu, ia adalah satu kegiatan sosial yang amat berkesan dalam usaha pengukuhan silaturahim dan persefahaman sesama masyarakat Islam. Keberkesanan kegiatan ini terbukti kerana proses sosialisasi yang dimanifestasikan menerusi amalan rumah terbuka dibina diatas semangat ajaran keagamaan.



Ia tidak dilakukan diatas kepentingan terhadap diri dan kelompok. Di atas asas inilah, saya berpandangan Syawal ialah masa terbaik untuk kita memperkukuhkan

silaturahim politik di dalam negara kita. Pandangan ini bermaksud bahawa sepanjang bulan ini, acara yang bersifat pertemuan peribadi antara tokoh-tokoh politik atau antara penggiat politik di pelbagai peringkat haruslah digerakkan secara aktif dan terancang.

Menerusi semangat Syawal, pertemuan pada acara rumah terbuka perlu dilanjutkan kepada sesi perbincangan dua hala atau perbincangan berkelompok antara tokoh dan aktivis politik daripada pelbagai aliran parti bagi membincangkan persoalan membabitkan kepentingan bersama di dalam proses pembinaan negara.

Pandangan ini disyorkan kerana beberapa faktor. Pertama, persepsi umum oleh masyarakat terba-

nyak terhadap kegiatan berpolitik di negara ini, kini menunjukkan bahawa ia sedang menuju proses keretakan. Kegiatan politik di dalam negara kita sudah tidak sihat lagi. Ini tergambar di dalam pelbagai bentuk pengucapan dan tindakan oleh pemimpin dan penggerak politik yang sering tuduh menuduh dan bantah membantah dalam pelbagai isu sehingga sesetengahnya kelihatan melampaui batas akhlak agama dan lunas demokrasi.

Pada pandangan sebahagian anggota masyarakat, perseteruan yang tertonjol daripada kegiatan

politik ini menimbulkan satu perasan yang membosankan. Kedua, parti-parti politik di negara ini terutama parti yang berorientasikan Melayu dan Islam seolah-olah begitu sukar sekali mendapatkan masa dan waktu sesuai untuk bertemu serta berbincang antara satu sama lain.

Bagi masyarakat terbanyak, keadaan ini amat pelik sekali. Ini kerana walaupun pemimpin utama parti-parti ini sudah menyatakan hasrat untuk saling bekerjasama pada perkara yang disepakati dan bersedia pula untuk bermaafan atas segala keterlanjuran politik masa lalu secara terbuka di dada akhbar, sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang pertemuan yang kukuh bagi merealisasikan hasrat itu.

Berasaskan dua faktor inilah, kita ingin menganjurkan supaya semangat berkesatuan yang didorong oleh cetusan sambutan Aidilfitri dimanfaatkan sepenuhnya oleh

semua pihak terutama pemimpin bagi meningkat dan memperku-kuhkan silaturahim politik di dalam negara.

Menerusi pertemuan yang bersifat peribadi dan perbincangan tidak rasmi antara pemimpin dan penggerak politik menerusi acara rumah terbuka sepanjang Syawal ini, ia diharap akan dapat memupuk suasana positif dan subur ke arah kerjasama lebih bermakna demi masa depan negara.

Usaha mengukuhkan silaturahim politik tidak bermaksud bahawa semua parti politik perlu bekerjasama di bawah satu payung atau satu lambang. Apa yang dicitakan menerusi silaturahim politik yang kukuh, ialah pemimpin dan parti-parti politik berada pada keadaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Kegiatan berbantah di dalam pelbagai isu dan persoalan antara parti-parti politik harus terjadi di dalam suasana yang berhemah. Sikap saling menghormati ini hanya akan dapat diwujudkan sekiranya di antara mereka mempunyai sifat dan rasa untuk menghargai kepentingan peranan antara satu sama lain di dalam medan perkhidmatan rakyat menerusi wadah politik yang tersendiri.

Di dalam maksud yang lebih khusus, pihak kerajaan dan pembangkang hendaklah saling menghormati kewujudan fungsi dan peranan masing-masing di dalam proses pembinaan negara menerusi kerangka dan amalan demokrasi yang segar.

Di dalam negara kita kini, banyak persoalan yang sedang terjadi di dalam pelbagai sektor yang menuntut kerjasama segenap pihak terutama pertubuhan politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Negara kita, seperti juga banyak negara lain, sedang berdepan pelbagai isu akibat proses peralihan zaman yang digerakkan oleh arus globalisasi.

Peralihan zaman menuntut kesediaan seluruh rakyat daripada pelbagai sudut terutama dari segi ketahanan mental dan budaya. Seluruh pihak perlu terbabit di dalam mencari jalan terbaik bagi membina sebuah masyarakat Malaysia yang memiliki semangat dan kualiti daya saing tinggi di pentas globalisasi dan pada masa sama, memiliki keutuhan teras dan jati diri setempat.

Sesungguhnya, cabaran besar ini menuntut suatu semangat permuafakatan yang tinggi dari seluruh warga rakyat terutama di kalangan mereka yang terbabit dalam kegiatan dan pergerakan politik dalam negara. Oleh kerana itu, silaturahim politik adalah asas permulaan yang harus dipupuk dan dimulakan terlebih dulu.

Dalam hubungan ini, Syawal adalah masa terbaik bagi kita mengukuhkan silaturahim politik sesama kita. Marilah kita mengambil semangat Aidilfitri pada tahun ini untuk saling bermaafan dan bersatu padu demi masa depan negara dan ummah. Selamat Hari Raya.

Muhamad Razak Idris
Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Keselesaan rakyat sambut Aidilfitri

Langkah kerajaan beri sagu hati wajar dicontohi

Masyarakat Islam kini sedang bersiap sedia menyambut hari lebaran Aidilfitri. Sebagai satu kegiatan ibadah dalam Islam, Aidilifitri hendaklah disambut dengan meriah. Ia adalah sambutan hari kemenangan setiap inidvidu Muslim kerana berjaya memenuhi satu acara ibadah berpuasa, satu daripada teras ibadah di dalam ajaran agama.

Namun, kemeriahan sambutan Aidilfitri bergantung rapat dengan keselesaan masyarakat di dalam proses persiapannya. Dalam hubungan ini, terdapat banyak aspek yang menyumbang ke arah memastikan kemeriahan sambutan ini.

Antara aspek yang paling penting tentulah dari segi persediaan kewangan. Persiapan tradisi Aidilfitri seperti penyediaan kuih-muih raya dan baju baru menuntut satu bentuk komitmen kewangan tambahan oleh individu dan ketua keluarga.

Bagi golongan berpendapatan stabil dan tinggi, persiapan Aidilfitri dalam bentuk yang tradisi seperti dinyatakan bukanlah suatu yang menjadi halangan besar. Namun, keadaan tidak semestinya serupa bagi mereka daripada kalangan berpendapatan tidak stabil dan rendah. Di samping petani, nelayan dan buruh, warga tua dan anak yatim, golongan belia yangn dan buruh, warga tua dan anak yatim, golongan belia yang sedang berada pada peringkat awal untuk berdikari juga tergolong di dalam kelompok ini.

Oleh itu, amat wajar untuk kita memperkatakan mengenai keadaan sebahagian di kalangan anggota masyarakat kita yang tidak dapat melakukan persiapan menyambut hari lebaran kerana kekangan kewangan. Untuk itu, usaha keprihatinan hendaklah dipertingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat yang berkemampuan.

Dalam hubungan ini, langkah kerajaan menyediakan sagu hati raya untuk kumpulan sokongan yang bertugas di sector perkhidmatan awam hendaklah dipuji. Langkah ini seharusnya diteladani oleh sector lain. Walaupun jumlah sagu hati tidaklah besar, sekurang-kurangnya ia membantu dari segi persiapan menyambut kemeriahan hari lebaran.

Bagi majikan yang tidak berkemampuan memberi sagu hati, barangkali kaedah pinjaman mudah dalam jumlah yang berpatutan wajar diperkenalkan. Ini sekurang-kurangnya dapat memberikan satu dana sokongan kepada kakitangan atau pekerja yang berkemungkinan di dalam kerumitan kewangan.

Bagi masyarakat terbanyak yang berkemampuan, mereka boleh membantu dengan mengenal pasti jiran tetangga yang berada di dalam kerumitan kewangan dengan memberikan sumbangan. Ini menuntut sifat ambil tahu dan peduli kepada persekitaran masyarakat sekeliling.

Dalam ajaran Islam, ibadat zakat fitrah adalah satu bentuk pendekatan atau mekanisme bagi membantu golongan daif membuat persiapan hari raya secara selesa. Di samping memenuhi tuntutan berzakat fitrah sepanjang Ramadan ini, golongan berkemampuan tidak harus terhenti sumbangan mereka kepada golongan daif dalam kadar jumlah zakat yang ditentukan oleh pihak berkuasa.

Mereka boleh menambahkan lagi sumbangan menerusi derma atau sedekah. Di samping aspek sokongan dalam bentuk kewangan, persiapan Aidilfitri akan lebih selesa dilakukan sekiranya sistem perkhidmatan awam dipertingkatkan terutama sepanjang musim sambutan hari lebaran ini.

Hal ini perlu ditekankan kerana kebanyakan mereka yang menggunakan perkhidmatan awam adalah kalangan orang bermusafir, masyarakat yang berpendapatan rendah serta golongan belia dan muda-mudi.

Kita harus mengakui iaitu, walaupun sistem pengangkutan awam di negara kita sudah agak ke depan berbanding beberapa negara dunia ketiga, pada masa yang sama banyak ruang untuk penambahanbaikan yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah dari sudut ketepatan jadual perjalanan dan jumlah laluan pada waktu puncak.

Kelemahan dua aspek ini amat ketara di dalam perkhidmatan komuter. Berasaskan beberapa pengalaman menggunakan perkhidmatan ini terutama pada waktu puncak, perkhidmatannya amat tidak selesa. Jumlah laluan komuter tidak dapat menampung bilangan pengguna yang begitu ramai.

Keadaan bertambah buruk lagi sekiranya berlaku pembatalan dan kelewatan jadual perjalanan pada satu-satu masa. Ia akan mengakibatkan kesesakan teruk bukan saja di stesen, malah juga di setiap gerabak.

Rungutan terhadap kesesakan dan ketidakcekapan ini sudah banyak disuarakan oleh pengguna tetap perkhidmatan itu menerusi laporan media secara berterusan. Untuk itu, langkah segera wajar diambil oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam urusan pengendalian perkhidmatannya. Kita tidak pasti selama mana pengguna akan dapat bertahan dan bersabar dengan suasana ketidakselesaan dan ketidakcekapan ini.

Kita amat prihatin menyuarakan kelemahan perkidmatan ini kerana pada masa ini pengguna yang kebanyakannnya kalangan berpendapatan rendah dan belia ramai sekali menggunakan khidmat pengangkutan itu bagi tujuan membuat persiapan menyambut hari lebaran.

Kerajaan wajar memberikan tumpuan khas mengatasi kelemahan ini kerana sesungguhnya jika ia dibiar berlanjutan, akan memberi kesan buruk terhadap imej kerajaan. Tambahan pula, kerajaan sekarang sedang mempromosikan tema kerja ‘Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan’ seperti diuar-uarkan dalam gagasan 1Malaysia.

Muhamad Razak Idris
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
Berita Harian 17 September 2009

Generasi muda perlu sedar sejarah Hari Malaysia

Semalam, 16 September menandakan 46 tahun usia penubuhan Malaysia. Tarikh ini pada 1963, perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, dan Sabah serta 30,000 rakyat.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, lantas melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan ‘Ganyang Malaysia’ berlanjutan hingga 1966.

Apakah generasi muda sedar kewujudan Hari Malaysia? Jawapan yang mungkin ‘ya’ dan mungkin ‘tidak’, kerana tiada kajian menunjukkan perpepsi ini.

Saya menulis melalui gambaran perpepsi melalui jawapan yang saya terima daripada belia remaja sekitar saya. Hasilnya, saya kecewa dan gusar akan nasib Hari Malaysia dan sejarahnya pada masa depan.

Ya, ada yang sedar akan kewujudan Hari Malaysia, tetapi apakah nilainya pada mereka? Apatah lagi yang tidak sedar akan kewujudan Hari Malaysia. Ini adalah satu fenomena tidak sihat di dalam perkembangan diri generasi muda. Buta sejarah akan menjadikan mereka rapuh jati diri yang akan merendahkan semangat patriotism pada diri mereka.

Seperti mana generasi muda sedar akan Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun, maka begitu jugalah generasi sekarang perlu sedar pentingnya tarikh 16 September dalam lipatan sejarah Malaysia. Jangan biarkan generasi muda terus lupakan sejarah Malaysia yang penuh dengan perjuangan generasi terdahulu.

KHAIRUL ANWAR SHAZALI
Penulis merupakan mantan Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM Pusat). Kini memegang amanah sebagai Yang Di-Pertua, Persatuan kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Perkepis) .Artikel ini diterbitkan di Berita Harian,17 September 2009 di ruangan Surat dan E-mel.

Pertikaian jejas ukhwah Islamiah

Insiden penyiaran tarian Pendet yang berasal dari Bali bagi mempromosikan pelancongan di Malaysia yang mendapat bantahan secara agresif sebahagian kecil rakyat Indonesia amat dikesali. Walaupun penjelasan diberikan, seolah-olah tidak meredakan api kemarahan kelompok terbabit.

Tuduhan keterlaluan dilemparkan kepada Malaysia bertujuan menyemarakkan lagi api kemarahan. Kini ia bertukar menjadi ancaman keselamatan apabila kumpulan bersenjatakan buluh runcing melancarkan kempen ‘Sapu Malaysia’ bertujuan menghalau tau lebih tepat lagi menyapu keluar rakyat Malaysia di Indonesia.

Ada juga pihak yang mempermainkan sentiment permusuhan ini melalui media. Mungkin dengan tujuan melariskan jualan atau juga sebagai berita sensasi bagi menarik perhatian golongan tertentu. Rata-rata pemimpin kedua-dua negara berpandangan ia perlu ditangani segera dengan berkesan. Tidak perlu diperbesarkan sehingga menggugat keharmonian hubungan yang terjalin kukuh selama ini.

Hubungan antara Indonesia dan Malaysia adalah hubungan unik, iaitu bukan sekadar dari sudut sempadan geografinya yang panjang, tetapi hubungan darah dan persaudaraan yang menjalar kepada bahasa, budaya dan semestinya, agama.

Jangan dilihat hubungan kedua-dua negara hanya pada hubungan rakan Asean sahaja. Malaysia dan Indonesia, saudara seagama. Hubungan antara kedua-dua negara memberikan iklim yang stabil terhadap perkembangan dakwah Islamaiah.

Jika isu ini disoroti dari sisi pandangan pertembungan Barat dan Islam, sewajarnya umat Islam kedua-dua negara perlu bertindak bijak. Sekali kita terbelit dan perangkap dalam permainan domino Barat, maka amat sukar untuk kita merungkainya semula.

Maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan agar ukhwah Islamiah perlu mendapat tempat yang sewajarnya. Ia menjadi teras perhubungan antara kedua-dua negara serumpun ini hingga ke hari ini.

Bagi kelangsungan dakwah Islamiah, maka keharmonian perlu dikekalkan. Jangan kita terbabit dengan pertikaian yang merugikan. Media arus perdana kedua-dua negara perlu memainkan peranan berkesan untuk menjernihkan hubungan dua hala.

Selain itu, demi perjuangan memartabatkan Islam, ulama kedua-dua negara perlu membantu dan membimbing ummah agar tidak terseret ke dalam perangkap Barat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khuatir jika hubungan antarabangsa serumpun ini diserahkan kepada golongan politik semata-mata, ia cenderung kepada pendekatan populis yang sempit dan berorientasi sokongan setempat.

Penulis ialah Saudara Amidi Abdul Manan merupakan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Artikel ini diambil dari Berita Harian yang bertarikh 15 September 2009, Selasa di ruangan Surat &E-mel.

Muhamad Abduh

Pemikiran al-Afghani telah diikuti oleh anak muridnya Muhamad Abduh. Muhamad Abduh menentang penyeruan taqlid dan jumud sehingga beliau melakukan reformasi pendidikan dalam Universiti al-Azhar. Kedua-dua tokoh ini Berjaya meniupkan semangat jihad menentang penjajahan walaupun tokoh ini mempunyai sedikit perbezaan pendekatan.

Muhamad Abduh menggunakan pendekatan pembaikan melalui pendidikan dan ilmu walaupun memakan masa bagi menyiapkan gerombolan keilmuan. Sementara Jamaluddin al-Afghani lebih mirip pendekatan politik dan revolusi. Antara perkara utama isu pembaharuan Abduh dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Membersihkan Islam daripada unsur-unsur yang salah, khurafat dan bid’ah.

2. Pembaharuan pendidikan yang lebih tinggi dan tidak perlu malu mengambil pengetahuan Barat asal saja tidak bertentangan dengan ajara Islam yang hakiki untuk kepentingan kaum Muslimin.

3. Merumuskan ajaraan Islam menurut cara fikir moden kerana Islam ialah agama yang sesuai dengan segala zaman dan tempat.

4. Pembelaan agama Islam terhadap pengaruh Barat dan serangan daripada pihak kaum Kristian.

Jamaluddin al-Afghani

Jamaluddin al-Afghani

Jamaluddin al-Afghani
adalah pengislah, ahli fikir dan mujahid yang membawa pembaharuan kepada dunia Islam pada abad ini. Pemikiran-pemikirannya member kesan ke atas kebangkitan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia melalui pelajar-pelajar al-Azhar yang pulang ke tanah air ketika itu.

Beliau menyeru kepada perubahan dan tajdid, membuka pintu ijtihad, meniupkan ruh kerjasama dan persaudaraan, menentang bentuk-bentuk penjajahan barat, serta membebaskan umat Islam daripada belenggu taqlid, bidaaj dan khurafat. Muhammad Abduh menyifatkan kedatangan al-Afghani ke Mesir membawa sinar baru dan sinilah segala idea pembaharuannya berkembang. Beliau menggariskan empat factor terpenting dalam pembaharuan umat iaitu:

1. Beriltizam dengan prinsip-prinsip Islam dan mengikuti petunjuk ulama umat.

2. Membebaskan umat daripada belenggu penjajahan dalaman dan luaran.

3. Menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan.

4. Mengambil aspek-aspek kebaikan dalam ilmu sains dan pentadbiran Barat.

Gagasan al-Afghani bukan sahaja berlegar di permukaan tetapi menyentuh dasar kehidupan umat hingga ke dimensi paling dalam, iaitu islah al-uqul wa al-nufus, pembaharuan jiwa dan minda. Sesudah itu disusuli dengan islahal-hukumah, reformasi politik pemerintah. Pembaharuan gaya al-Afghani adalah pembaharuan dalam erti kata kembali kepada pengertian keaslian dan kemurnian agama Islam dengan ruang lingkup yang mencakupi segala bidang kehidupan agama, sosial dan politik.
Menurut al-Afghani gerakan pembaharuan harus berteraskan kepada pembaharuan keagamaan. Perkara utama yang cuba ditangani oleh al-Afghani ialah kemunduran dan kelemahan umat Islam terutama dalam kaitannya dengan kuasa Barat. Al-Afghani menelusuri akar punca kehilangan dinamika umat Islam dan menemukannya pada pencemaran agama Islam yang dilakukan oleh kaum zindiq, golongan sufi, sophist dan pemalsu hadis.dengan demikian, pemikiran al-Afghani memusat kepada tema pemurnian akidah dan Islam dengan menekankan dinamika dan daya dorongannya kea rah kemajuan.

Dengan semangat itulah al-Afghani meneruskan perjuangan nahdah (kebangkitan) kaum Muslimin dengan membicarakan isu seperti qada dan qadar, peranan ilmu dan sebagainya. Al-Afghani menekankan peranan agama dalam mengangkat martabat manusia dan membangunkan tamadunnya. Beliau melihat Islam sebagai agama yang paling lengkap sesuai bagi pembangunan tamadun manusia. Islam membekalkan manusia dengan akidah tauhid yang membebaskannya daripada belenggu segala kepercayaan, mitos dan dongeng yang tidak rasional. Islam yang menumbuhkan pada diri manusia harga diri sebagai makhluk terunggul di bumi.

Dalam menghadapi realiti kemunduran umat Islam, al-Afghani menyarankan umat Islam memerlukan kepada sesuatu gerakan islah yang bersifat menyeluruh untuk kembali segar dan mampu berfungsi sebagai wahana kebangkitan tamadun. Oleh itu, semangat ijtihad perlu disuburkan dan menolak budaya taqlid.

Al-Afghani berpendapat, kefahaman kepercayaan kepada takdir yang salah iaitu manusia hidup laksana kapas diterbangkan angin ke mana-mana, tidak mempunyai daya usaha sendiri menyebabkan kaum Muslimin menjadi pemalas dan menerima nasib malang dengan tidak berusaha membebaskan diri daripada kehinaan dan kemiskinan. Sebenarnnya, kepercayaan kepada takdir menumbuhkan keperibadian mulia dan idealism, bukan membunuhnya.

Al-Afghani menerbitkan majalah al-Urwat al-Wuthqa yang bertujuan berkhdimat kepada umat Timur dengan menjelaskan apa yang mesti mereka lakukan untuk kebangkitan umat semula. Ia juga menjelaskan hasil-hasil penyelidikan tentang sebab-sebab kelemahan umat Islam dan cara mengatasinya, membangkitkan semangat cita-cita dan berani dalam jiwa, berpegang teguh kepada prinsip agama dan menyampaikan berita dan peristiwa politik berlaku. Di samping itu, menangkis segala serangan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Barat.

Penulis merupakan seorang Siswa dari Fakulti Bisnes yang sedang berpraktikal di Majlis Amanah Rakyat.Tulisan ini diolah dari buku Dakwah Kompetori.

Al-Dahlawi

Ahmad bin Abdul Rahim yang terkenal dengan gelaran Syah Waliyullah al-Dahlawi hidup pada kurun ke 18 Masihi. Pada masa itu, umat Islam berada dalam keadaan berpecah dan lemah dalam semua aspek kehidupan. Perkara ini bukan sahaja berlaku di India tetapi juga di seluruh dunia Islam. Bangunlah al-Dahlawi bersama anak-anak muridnya berjuang bagi mengembalikan keagungan Islam dalam bidang ilmu. Melalui aspek tarbiah kerohanian dan pandangan yang bernas, beliau menyeru umat Islam supaya beriltizam dengan syariah Islamiah dan menolak kekeliruan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Beliau menyebut perkara ini dalam bukunya Hujjatul Allah al-Balighah. Antara usaha yang dilakukannya ialah merubah pemikiran masyarakat yang jumud ke arah bersifat terbuka dan mencungkil rahsia-rahsia yang tersirat di sebalik syariat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia.

Di samping itu, beliau menyeru umat Islam kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam menyelesaikan pendapat yang berbeza. Menurut al-Dahlawi, bagi mencapai perpaduan dalam masalah-masalah yang sering diperdepatkan itu harus dibandingkan dengan berhati-hati. Kemudian diambil jalan tengah yang menyatukan pendapat-pendapat yang berbeza itu supaya dapat diterima oleh setiap pihak. Pendapat yang dipilih hendaklah berdasarkan dalil yang kukuh manakala pendapat yang ditinggal pula mesti diberikan perjelasan tentang kelemahannya dan mengapa pendapat itu ditinggalkan.

Menurut al-Dahlawi satu-satunya jalan untuk bangun kembali adalah dengan menghasilkan generasi baru yang berilmu dan berpendidikan tinggi dan mempunyai kefahaman yang sebenar tentang agama. Beliau menekankan penguasaan ilmu hadis dalam masyarakat Islam di India. Beliau adalah pelopor kebangkitan ilmu hadis di India hingga sekarang. Antara aspek pembaharuan yang dilakukannya ialah:

1. Memperbetulkan akidah dan menyeru kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.

2. Berusaha dengan gigih menyebarkan hadis dan mengadakan keseragaman antara fiqh dan hadis.

3. Mengemukakan konsep syariat dengan gambaran berteraskan dalil-dalil yang kukuh serta menyingkap rahsia-rahsia hokum syariah.

4. Menerangkan kedudukan khalifah tugas-tugasnya dalam Islam,menjelaskan keistimewaan dan kelebihan khalifah.

5. Berusaha membuat pembaharuan kepimpinan pada zaman krisis politik dan kemunduran kerajaan Monghul.

6. Memperkenalkan hisbah kepada semua peringkat kelompok umat dan menyeru kepada pembaikan dan perubahan.

7. Mendidik generasi ulama dan pemuda-pemuda sehingga mereka dapat melakukan tugas pembaharuan dan dakwah serta dapat memindahkan tugas kepada generasi selanjutnya.

Shawkani

Shawkani merupakan seorang yang faqih, ahli tafsir, dan ahli Hadis.Beliau memerangi bentuk taqlid, fanatik, dan ta’asub mazhab. Beliau menyebut dalam muqadimah kitab Nil al-Awtar bahawa ta’asub dapat membawa kerosakan kepada agama. Umat Islam perlu membebaskan diri dari perselisihan, bid’ah dan khurafat. Beliau juga menyeru kea rah ijtihad, memerangi taqlid dan membersihkan akidah daripada perkara syirik dengan mengarang beberapa buah buku mengenai perkara itu seperti al-Qaul al-Mufid fi Adillah al-Ijtihad wa taqalid, Syarah al-Sudur bi Tahrim raf’u al-Qubur dan Qatr al-Wali.

Membangun Ummah

Perspektif Sejarah, Dakwah dan Pemikiran

Menyelusuri setiap kurun nescaya dengan rahmat Allah SWT kepada umat Islam adalah Allah mengutus setiap kurun dengan seorang yang mentajdidkan agama ini. Ini dibuktikan lahirnya tokoh-tokoh mujadid dan pengislah yang berjuang dengan hati yang tulus ikhlas bagi agama yang mulia ini. Kalangan mereka ini membawa slogan kemajuan umat, memerangi kebatilan, kemunduran, kemiskinan, dan jumud. Pada kurun lalu sebelum tentera-tentera asing menjajah negara umat Islam yang mana umat Islam hidup dengan keadaan berpecah, taqlid, bid’ahdan khurafat.

Pada masa itu lahir took-tokoh ulama dan mujadid yang menghidupkan semula ruh kesatuan umat Islam. Munculnya Imam Shawkani (meninggal 1225H) di Yaman, Shah Waliyullah al-Dahlawi di India (meninggal 1763M), Jamaluddin al-Afghani (meninggal 1879M), Muhammad Abduh (meninggal 1905M) di Mesir.

Membentuk Belia Mantap Rohani, Jasmani

Abim lancar program kempen derma, berjariah perkasa generasi muda Islam
Kitab suci al-Quran mengandungi banyak pengajaran dan pesanan. Satu daripadanya, supaya umat Islam bersikap bertanggungjawab terhadap generasi di kemudian hari dengan tidak meninggalkan mereka dalam keadaan yang lemah.

Pesanan ini terkandung dalam al-Quran yang mana Allah mengingatkan dan memesan kepada mereka yang dipertanggungjawabkan membahagikan harta pusaka supaya mengagihkannya secara adil dan saksama.

Ini bagi memastikan pembahagian itu tidak membawa penganiayaan dan kezaliman kepada mereka yang berhak terutama pengagihan membabitkan anak yatim dan golongan daif.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak yatim) oleh orang (yang menjadi penjaganya) yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak yang daif (yatim) di belakang mereka (tentulah) mereka bimbang terhadap masa depan dan keselamatan anak, oleh itu maka hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar (menepati syarak).” (Surah al-Nisa’,ayat 9)

Peringatan dan pesanan itu disampaikan Allah kerana ada sebahagian manusia yang bersikap tamak serta zalim dengan keputusan dalam urusan harta benda hingga membawa penganiayaan terhadap golongan lemah seperti anak yatim.

Dalam hubungan ini, Allah memberi pesanan terutama kepada penjaga harta pusaka dengan gambaran apakah mereka tidak berasa bimbang jika ditakdirkan pewaris itu ialah anak mereka?

Apakah tidak ada rasa bimbang terhadap keselamatan dan masa depan mereka jika generasi yang ditinggalkan dalam keadaan lemah? Pengajaran umum daripada pesanan al-Quran ini amat meluas sekali. Tentunya, pesanan ini tidak merujuk kepada golongan penjaga harta pusaka secara khusus.

Ia juga adalah peringatan kepada seluruh umat Islam supaya bersiap siaga dan memandang ke depan dalam merancang masa depan generasi yang mereka akan tinggalkan nanti. Umat Islam hendaklah sentiasa bertanyakan diri sendiri mengenai nasib anak mereka suatu hari kelak. Apakah anak mereka tergolong daripada kalangan generasi yang lemah atau kuat?

Semangat pengajaran ayat al-Quran itu harus menjadi pegangan seluruh umat Islam sempena sambutan Nuzul al-Quran tahun ini. Untuk itu, kita hendaklah mengolongkan diri di kalangan kelompok yang mengambil berat terhadap keselamatan dan masa depan generasi akan datang.

Bagi tujuan itu, kita semua hendaklah bersama-sama menjayakan usaha pembangunan generasi belia Islam yang memiliki serba kekuatan dalam kehidupan bagi memastikan tidak terjebak dalam perbuatan menganiayai dengan meninggalkan generasi akan dating dalam keadaan yang penuh dengan kelemahan.

Sesungguhnya, usaha itu adalah satu agenda luhur dan murni memandangkan generasi belia Islam adalah kelompok pewaris kepada kepemimpinan negara dan ummah pada masa depan. Ada beberapa faktor yang menuntut usaha pembangunan belia Islam diperhebatkan.

Pertama, golongan belia Islam adalah kelompok teras masyarakat Malaysia hari ini. Bilangan mereka juga adalah yang terbanyak. Belia Islam di negara kita terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan budaya.

Mereka terdiri daripada kalangan belia Islam berbangsa Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian latar belakang ini ialah kesan proses pengislaman dan perkembangan ajaran agama Islam yang pesat di negara ini.

Mereka adalah tonggak yang akan mempengaruhi corak perkembangan negara pada masa depan daripada sudut ekonomi, politik dan sosial. Keutuhan mereka asas kesejahteraan negara Malaysia.

Kedua, peranan belia Islam di negara kita penting dan berpengaruh sekali kerana Malaysia secara khusus adalah sebuah negara contoh kepada banyak negara terutama dunia Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.

Jaminan kepemimpinan negara yang berkesan di pentas dunia bergantung kepada keupayaan kita membangunkan generasi belia Islam berkualiti dalam segenap aspek kehidupan. Peranan dan tanggunjawab mereka hari ini tidak lagi berkisar dalam ruang dan sempadan negara tetapi kelompok pemimpin di pentas kehidupan dunia yang serba luas.

Ketiga, belia Islam kini sedang berada di era dunia yang mencabar. Salah satu cabaran utama belia Islam ialah globalisasi. Proses keterbukaan dan liberalisasi yang menjadi elemen utama era globalisasi ini menuntut belia Islam bersiap sedia secara sempurna.

Belia Islam yang terbangun secara sepadu daripada aspek jasmani, rohani, akal dan emosi akan berupaya mendepani cabaran tidak menentu ini. Bersandarkan faktor itu, tuntutan membangun belia Islam yang utuh dan kuat begitu mendesak sekali.

Tuntutan itu harus menjadi kewajipan dan tanggungjawab segenap lapsian masyarakat. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku wadah terbesar bagi belia Islam di negara ini berasa terpanggil untuk memberikan tumpuan khusus kepada Agenda Pembangunan Belia Islam pada masa depan.

Ia sejajar semangat pesan al-Quran yang meminta kita berasa bimbang mengenai masa depan generasi akan datang supaya tidak ditinggalkan dalam keadaan lemah. Agenda pembangunan belia Islam, rancangannya harus bersifat menyeluruh.

Antara aspek utama yang akan diberi tumpuan ABIM ialah bidang pendidikan Islam dan latihan, peningkatan ketrampilan dan kepimimpinan, pembangunan ekonomi dan keusahawanan, pemupukan semangat kesukarelawan, pengukuhan kebajikan sosial dan kesedaran alam sekitar dan isu antarabangsa di samping pembinaan jiwa patriotik.

Agenda itu menuntut dokongan masyarakat terbanyak. Semua lapisan masyarakat wajar digalakkan terbabit secara serius dalam menjayakan agenda pembangunan Islam. Bagi mendorong pembabitan masyarakat, ABIM melancarkan Kempen Menderma, dan Berjariah Untuk Tabung Pembangunan Belia Islam.

Ia bertujuan mengumpul dana bagi melancarkan usaha dan rancangan program pembangunan belia Islam secara lebih berkesan untuk tempoh akan datang.

Bersempena sambutan Nuzul al-Quran, saya ingin mengajak seluruh masyarakat bersama ABIM menjayakan agenda membangun generasi belia Islam yang kuat dengan menderma dan berjariah menerusi tabung ini. Segala bentuk sumbangan ikhlas adalah bermakna di dalam menjayakan cita-cita murni ini.

Untuk Menderma, Sila Lawati:

www.abim.org.my

atau

Sumbangan Juga Boleh Disalurkan Menerusi:
AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
14-023-01-001118-8

Muhamad Razak Idris
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Berita Harian Rabu, 9 September 2009

Pengertian Ekstremisme

Ibnu Taimiyyah berpendapat, ekstremisme bererti melampaui batas dengan menambah kepada sesuatu sama ada memuji ataupun mengeji lebih daipada berhak diterima dan sebagainya. Ibn Hajar mentakrifkan sebagai berlebih-lebihan dalam sesuatu dan memperketat dengan melewati batas. Pada keseluruhannya ektremisme membawa erti sesuatu yang melewati bats-batas yang dihalalkan dengan menokok tambah.

Walaupun begitu, apabila ektremisme ini dikaitkan dengan agama ia bukan bererti agama Islam itu yang melampau. Tetapi maksudnya ialah sikap melampau dalam beragama Islam. Ini bererti ekstremisme tidak bersangkut paut dengan agama Islam yang bersifat luhur, sederhana dan adil. Allah sendiri memberi ingatan dengan firmannya dalam surah al-Maidah ayat-77, bermaksud, “Janganlah kamu melampau dalam agama kamu.”

Keburukan Ektremisme dalam Agama

Larangan ke atas yang ekstrem ini adalah disebabkan ia mengandungi beberapa keburukan iaitu:

1. Ia dibenci kerana tidak dapat diterima oleh tabiat manusia yang normal dan kebanyakan manusia tidak mampu bersabar dengannya.

2. Sikap ekstrem ini tidak panjang usianya dan mengikut adatnya tidak dapat berterusan kerana manusia mempunyai tenaga yang terhad. Akhirnya, ia menjadi letih dan merasa bosan. Perkara yang lebih malang lagi, ia bertukar sikap melampau kepada lalai dan alpa.

3. Ekstrem ini melanggar hak-hak orang lain yang wajib dipelihara dan kewajipan yang mesti ditunaikan seperti kata hukama’,”tidakaku lihat ‘berlebihan’ melainkan di sampingnya ada hak yang diabaikan.”

Tanda-tanda Gejala Ekstremisme

Antara tanda-tanda gejala ekstrem ialah:

1. Fanatik kepada satu pendapat dan tidak mengakui pendapat orang lain. Ia tidak melihat kepada maslahah(kepentingan) manusia, tujuan-tujuan syarak dan realiti semasa. Ia tidak berlapang dada untuk mengadakan perbincangan dengan orang lain untuk mencari dan mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

2. Mewajibkan orang lain dengan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan mengambil sikap keras dengan menolak sifat kelapangan dan keringanan.

3. Bersikap kasar pada bukan tempat dan masanya seperti bersikap keras pada masalah-masalah cabangan (furu’) dan perkara yang diperselisihkan (khilafiyah) dan melupai perkara teras iaitu membetulkan akidah.

4. Kasar dalam pergaulan, kesat dalam tutur kata dank eras dalam penyampaian dakwah. Islam membenarkan kekerasan itu hanya pada dua tempat iaitu di medan peperangan ketika menghadapi musuh dan ketika melaksanakan hukuman syarak ke atas orang yang berhak menerimanya.

5. Prasangka buruk pada orang lain dengan membuat tuduhan tidak berasas, menyembunyikan kebaikan-kebaikannya dan pada waktu yang sama membesar-besarkan kesalahan-kesalahanya.

6. Mengkufurkan orang lain dengan cara sewenang-wenangnya, menghalalkan darah dan harta bendanya. Mereka mengkafirkan setiap orang yang melakukan dosa besar, mengkafirkan orang yang tidak menerima fikiran mereka dan mengkafirkan orang yang tidak berbaiah dalam jemaah mereka.

Sebab-sebab Timbul Gejala Ektrem

Beberapa factor yang menyebabkan timbul gejala ekstremisme ini adalah:

1. Kelemahan memahami hakikat agama yang sebenar iaitu orang yang mempunyai sedikit ilmu mengganggap dirinya sebagai orang alim dan boleh berijtihad. Senagai contohnya mereka yang berpegang secara harfiah (literal) kepada nas-nas tanpa bersedia memahami yang tersirat dan mengetahui tujuan-tujuan syarak. Di samping itu, berlebih-lebihan apabila mengharamkan sesuatu yang tidak ada nas yang qat’iyy.
2. Ia juga terjadi akibat mengikut mutasyabihat dan meninggalkan muhkamat. Perkara mustasyabihat adalah perkara yang tidak jelas hukumnya ataupun kemungkinan mempunyai beberapa makna sementara perkara muhkamat ialah yang nyata maknanya dan jelas hukumnya.