Definisi Ahli Sunnah

As Sunnah dalam bahasa Arab ialah At Thariqah yang bererti kaedah atau perjalanan hidup sama ada perilaku baik mahupun buruk. Dalam istilah syara' menurut ahli hadis iaitu sesuatu yang diriwayatkan dari nabi Muhammad s.a.w yang berupa perkataan, perbuatan, ketetapan serta akhlak baginda samaada sebelum mahupun sesudah baginda diaangkat menjadi Nabi. Menurut ahli usul, Sunnah ialah sesuatu yang dicintihkan oleh nabi Muhammad s.a.w mengikut beberapa kaedah yang tertentu. ianya tidak terdapat di dalam al Quran tetapi dinyatakan oleh nabi s.a.w dan ianya merupakan perjelasan awal isi al Quran. Menurut ahli fuqaha' Sunnah itu bererti ketetapan awal dari Nabi s.a.w yang bukan fardhu dan bukan pula wajib. Menurut kebanyakan ulama' hadis, Sunnah adalah kata-kata yang dapat menyelamatkan keraguan tentang akidah terutamanya dalam hal keimanan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, rasul, hari akhirat dan takdir.