PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI

Written by spp
Thursday, 09 July 2009 09:43

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat.

PKPIM berpandangan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui Bahasa Kebangsaan.

Keputusan tersebut dianggap sebagai hadiah kepada PKPIM dan seluruh mereka yang telah bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI termasuk daripada kalangan pejuang bahasa, tokoh akademik, sasterawan, budayawan, gerakan pelajar dan seluruh rakyat Malaysia.

PKPIM mewakili seluruh pelajar Malaysia terutamanya dari kawasan luar bandar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas komitmen yang ditunjukkan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah berlarutan selama lebih enam tahun ini.

PKPIM merupakan persatuan yang mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia yang terawal menyatakan bantahan dan menggerakkan usaha pemansuhan PPSMI sejak pelaksanaan dasar tersebut pada tahun 2003. Justeru, PKPIM menuntut jaminan kerajaan untuk berpegang pada keputusan tersebut untuk memansuhkan dasar PPSMI ini menjelang tahun 2012.

PKPIM mengulangi komitmen untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan Malaysia khususnya dalam membantu kerajaan mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar keseluruhannya.

MOHD. HILMI BIN RAMLI

Presiden PKPIM

Riadah ke Damai beach










KEPERKASAAN BUKAN PADA POLITIK



'Kebangkitan Genersi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam', merupakan sebuah karya penting yang unik hasil karangan dan analisa Dr. Majid Irsan Kaylani. Di dalam analisanya mendalam ini, terkandung falsafah sejarah di kalangan umat islam,iaitu kejayaan Salahuddin al-Ayyubi menawan semula Jurusalem. Menurut pandangan Timbalan Presiden ABIM,Dr. Mohd Farid Shahran; Penulis telah melakukan satu penemuan ilmiah yang penting iaitu kesimpulan bahawa ketenteraan Salahuddin sebenarnya bertitik tolak dari persedian ilmiah yang telah dilakukan lebih awal oleh tokoh-tokoh ilmuan agung seperti Imam Al-Ghazali dan Imam Abd Qadir Jailani serta pelbagai madrasah pemikiran dan keagamaan yang lahir dari dua tokoh ini. Di dalam penemuan ini,hakikat kejayaan siyasah dan ketenteraan harus dilandasi dengan asas pendidikan yang tersusun dan mantap. 'KARYA INI SEHARUSNYA MENGAJAR SEBILANGAN AHLI MASYARAKAT ISLAM YANG BERSLOGAN NYARING YANG RIUH MENJERITKAN PEMBINAAN SEMULA TAMADUN TANPA BENAR-BENAR MEMPERSIAPKAN PENDIDIKAN DAN KEILMUAN'. Sememangnya aspek pendidikan dan ilmu dilihat oleh segelintir masyarakat sebagai satu proses yang mengambil masa berbanding 'POLITIK' yang menawarkan perubahan segera. Namun apalah gunanya perubahan segera sekiranya tidak dilandaskan dengan landasan yang kukuh terutamanya dari segi ilmu dan pemikiranya.

ziarah ke UIAM







Ziarah kelantan










tersergam indah




Terpasak indah pemandangan empat penjuru sisi kaabah ini mengukir pelbagai sejarah silam keagungan dan kemuliaan agama islam. saudara, alangkah ruginya ummat-ummat islam pada masa kini. Sejarah itu disongsangkan sendiri oleh ummat-ummat islam. ternyata agama islam yang membawa cahaya menerangi alam kegelapan ini disalah ertikan ummat-ummat islam zaman sekarang. Penghayatan ilmu dalam islam disalah gunakan untuk kepentingan sendiri. Sedihnya,tidak terdetik dihati insan-insan yang bergelar muslim atau muslimah untuk menggegarkan hati-hati yang lemah ummat-ummat sekarang seperti di zaman kegemilangan islam yang silam. Yang punyai ilmu tidak sedikit pemiliknya. Namun tidak banyak dimanfaatkan. Yang berdiri terus berdiri anggkuh.Yang merangkak terus merangkak. Yang meniarap terus meniarap. Yang nazak terus sahaja mati. Sampai bila pun tidak berkesudahan. Sifat-sifat ini harus dikikis atau terus sahaja dihapuskan. selarikan ihsanmu wahai pejuang yang meneggakkan panji-panji Allah. Yang ketinggalan seharusnya dipimpin. Yang memimpin juga mesti adil dan saksama. Maka terbinalah Tamadun Khaira Ummah..

Ayat-ayat cinta